Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2009

Solat Hajat Perdana Pelajar dan Mahasiswa Islam

Sekretariat Bertindak Pelajar dan Mahasiswa Islam yang dianggotai di antaranya oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), GPMS, ABIM, Puteri Islam dan beberapa lagi NGO akan menganjurkan Solat Hajat Perdana Pelajar dan Mahasiswa Islam pada 22 Januari 2009 (Khamis) bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Ini adalah tindakan susulan berikutan daripada operasi ketenteraan Rejim Israel ke atas Gaza, Palestin yang kini telah mengorbankan kira-kira 1500 nyawa dan mencederakan ribuan lagi yang lain.

Solat hajat tersebut adalah antara usaha belia Islam khususnya di kalangan pelajar dan mahasiswa bagi menunjukkan sokongan dan dorongan kepada saudara-saudara se-Islam di Palestin. Perhimpunan secara besar-besaran itu bertujuan untuk merafa'kan doa kepada Allah s.w.t. memohon agar rakyat Palestin terus diberikan ketabahan dan kesabaran di dalam mendepani krisis demi krisis di dalm konflik berpanjangan Palestin-Israel itu.

Program tersebut akan dimulakan dengan jamuan makan malam pada jam 6 petang. Selepas solat Magrib berjemaah, akan disusuli dengan Solat Hajat diikuti dengan Tayangan Video Palestin. Selepas solat Isya', program diteruskan dengan ucapan daripada pimpinan NGO dan mahasiswa.

Sehubungan dengan itu, belia-belia Islam Malaysia dijemput hadir bagi menunjukkan sokongan dan dorongan kita kepada saudara-saudara kita di Palestin yang sedang sengsara akibat kekejaman Rejim Israel. Bersama kita berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T. agar diberikan bantuan dan kemenangan Islam di Palestin dan di mana jua.

Sekretariat PKPIM Pusat

Rabu, 7 Januari 2009

RAPAT UMUM RAKYAT MALAYSIA - “SELAMATKAN GAZA”


JOM HADIR BERAMAI-RAMAI!!!

Tarikh:
Sabtu 10 Januari 2009M /13 Muharram 1430H

Masa:
10 pagi hingga 12 tengah hari

Tempat:
Stadium Melawati, Shah Alam

Anjuran:
Aman Palestin

Pemidato:
1. Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS)
2. Sdr Yusri Mohamad (ABIM)
3. Sdr Abdullah Zaik (ISMA)
4. Sdr Mustafa Kamil Ayub (PKR)
5. YB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (ADUN Pangkor)
6. Wakil Aman Palestin dan ramai lagi

Objektif:
1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti:
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Maklumat lanjut di AMAN Palestin.

Ahad, 4 Januari 2009

Serangan Di Gaza: Apa Anda Perlu Tahu?



Hari ini masuk hari ke-8 serangan dahsyat ala-Nazi oleh rejim israel ke atas Gaza. Apa yang anda perlu tahu?

Anda perlu tahu bahawa sebenarnya:
+ Hamas adalah sebuah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin
+ Serangan bukan dimulakan oleh Hamas, bahkan Hamas menyerang balas kerana Zionis israel yang tidak mematuhi gencatan senjata dan kerana sekatan yang dikenakan ke atas Gaza

Anda perlu tahu bahawa sehingga kini:
+ 441+ Terbunuh, termasuk 36 wanita dan 70 kanak-kanak
+ 2300+ Cedera , lebih 400 orang awam Gaza yang cedera parah.
+ Hospital tidak lagi mampu menampung pesakit yang semakin bertambah
+ Israel berikrar akan terus menyerang Gaza
+ Bekalan elektrik terhad
+ Universiti Islam Gaza adalah antara sasaran pengemboman
+ Nasib pelarian amat buruk (Mesir masih tidak mahu membuka sempadan. Malah, presidennya, Hosni Mubarak berkata sempadan tidak akan dibuka selagi tidak mendapat persetujuan Israel tidak membuka sempadan. Bot bantuan bekalan diserang Israel)

Anda perlu tahu bahawa anda boleh membantu:
+ Doa dan Qunut Nazilah dalam setiap waktu solat
+ Ambil tahu perihal semasa mereka. Lawati laman seperti Palestinkini.info dan Palestine-info.co.uk untuk maklumat mutakhir
+ Sebarkan maklumat anda melalui semua wadah dan medium penyebaran. Risalah, Blog, tulisan di akhbar. Gunakan juga semua wadah 'social networking' seperti Friendster, Facebook, Myspace untuk tujuan ini. Hantarkan juga maklumat melalui e-mel groups.
+ Sumbangan kepada badan Palestin dalam apa jua bentuk, wang ringgit, tenaga, idea

Sumber: PEMBINA