Sabtu, 10 Januari 2009

ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S

9 Jan., Kuala Lumpur - Naib Presiden (Antarabangsa)ABIM, Sdr. Azril Mohd Amin bersama dengan wakil-wakil NGO yang bernaung di bawah Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Menentang Penindasan Rakyat Palestin (COMPLETE), telah menyertai perhimpunan membantah serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau beserta wakil-wakil NGO tersebut juga turut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu negara kuasa besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

Pada hari yang sama juga, ABIM telah diwakili oleh Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim ke majlis pelancaran kempen memboikot barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kempen ini yang dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertujuan untuk membantah sumbangan syarikat-syarikat tertentu yang menyumbang keuntungan mereka untuk membangunkan kemampuan ketenteraan Israel.

(Sumber: ABIM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan