Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Ahad, 15 Februari 2009

ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin

SABTU, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin di sini, hari ini.

Bengkel tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri.

Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-Zionis.

Turut dilancarkan dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.

300 Penduduk Israel Diiringi Tentera, Ceroboh Perkampungan Artas di Batul Laham

JURUSALAM – Pada hari Jumaat, kira-kira 300 penduduk negara haram Israel yang diiringi tentera dan pengawal sempadan menceroboh beberapa kawasan di pekampungan Artas, selatan Baitul Laham. Mereka turut mendirikan beberapa khemah di atas kawasan yang turut terancam dengan peluasan wilayah haram Israel itu.

Pencerobohan tersebut berlaku setelah jentolak Israel membuka laluan sejauh 800 meter yang menghubungkan kawasan Khalat an-Nahl (terletak di perkampungan Artas) dengan petempatan haram Efrat. Petempatan haram tersebut dibina di atas kawasan beberapa perkampungan lain termasuk Artas dan Al-Khadr.

Penduduk kampung dari Artas memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) jentolak Israel beroperasi di kawasan tersebut sepanjang masa termasuk waktu malam untuk menyiapkan segera wilayah petempatan haram yang baru.

(Sumber: Palestine-Info)

Khamis, 12 Februari 2009

Israel Bom Balai Polis Palestin

KHAN YOUNIS, (Gambar)- Kapal terbang perang Israel menyerang sebuah balai polis pada Subuh hari Khamis di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Balai polis ini pernah menjadi sasaran dalam serangan udara sebelum ini.

Pihak keselamatan memberitahu pemberita Pusat Maklumat Palestin (PIC), kapal terbang perang F-16 milik Israel menembak dua biji peluru berpandu ke arah balai tersebut yang menambahkan lagi kerosakan dan kemusnahan.

Sumber menyatakan balai polis yang kosong tersebut turut dibom beberapa kali sebelum ini.

Jurucakap Tentera Penceroboh Israel (TPI) mendakwa serangan tersebut sebagai tindakan balas terhadap serangan mortar dari Gaza ke penempatan haram Israel yang terletak bersebalahan dengan Semenanjung Gaza.

(Sumber: Palestine-Info)

AF: Land might collapse in the Aqsa Mosque


OCCUPIED JERUSALEM, (PIC)-- The Aqsa Foundation for Waqf (endowment) and heritage has warned that the unending Israeli excavations under the Aqsa Mosque and in its vicinity could lead to land collapses in the holy site.

The Foundation, in a report, recalled that the land caved in at the UNRWA school for girls in occupied Jerusalem early February, only few meters away from the southern area of the holy site.

It said that field and inspection visits by its members proved that the Silwan summit after ten years of constant Israeli digging in its vicinity has turned into a hollow summit that could lead to its complete disintegration.

The Foundation said that its report monitored the real conditions in Silwan hoping that the Palestinian, Arab and Islamic people would seriously and swiftly move to save Jerusalem in general and the Aqsa Mosque and its vicinity in particular.

Pilihanraya Israel Hasilkan Pengganas

Rabu, 11/02/2009 - HAMAS menegaskan keputusan awal pilihanraya Zionis yang menunjukkan Parti 'Kadima' sedang mendahului, diikuti oleh Parti Likud dan Parti 'Yisrael Beitenu', sebenarnya hanya menampilkan tiga kepala keganasan Zionis, sambil menegaskan HAMAS akan tetap teguh dengan pendiriannya.

Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar semalam (Selasa 10/2), "Keputusan pilihanraya menunjukkan rakyat Zionis sentiasa memilih pihak yang paling banyak melakukan keganasan dan yang paling banyak melancarkan peperangan terhadap rakyat Palestin."

Beliau juga menambah, "Hari ini kita berhadapan dengan tiga kepala keganasan; Livni yang mahu menyempurnakan serangan terhadap rakyat Palestin, Netanyahu yang mengisytiharkan tidak mahu melihat kewujudan negara Palestin dan bahawa dia tidak akan memberikan komitmen dengan segala perjanjian yang ditandatangani dengan pihak Palestin, juga Lieberman yang mahu memusnahkan empangan Al-Ali (High Dam), menghancurkan Mesir, mencampakkan rakyat Palestin ke laut, membunuh dan menghalau mereka."

Sumber : Palestine-Info
Penterjemah : Muhajir

Rabu, 11 Februari 2009

Grup Jil-Salahuddin

Petaling Jaya - GPTD telah membantu ABIM menggerakkan Grup Jil Salahudin al-Ayyubi dengan mesyuarat dan taklimatnya berlangsung di UIA Petaling Jaya. Idea penubuhannya digagaskan oleh Saudara Yusri Mohamad, Presiden ABIM melalui cetusan buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa Kepangkuan Islam'.

Melalui Gup Jil Salahuddin al-Ayyubi ini, pelbagai program direncanakan untuk mengkaji sejarah dan tamadun bumi Palestin ini. Selain itu, pewujudan blog akan diusahakan bagi tujuan menyalurkan fakta dan maklumat berkaitan sejarah dan tamadun Palestin. Saudara Mohd Zul Amin bin Ghazali dipilih mengetuai grup ini dan mereka berazam untuk membantu ABIM melalui GPTD untuk menggerakkan program ini.

ABIM berhasrat menggerakkan Bengkel Isu Palestin pada 14 Februari 2009 / 18 Safar 1430H, Penerbitan semula dan penjualan buku Kebangkitan Generasi Salahuddin, Roadshow & Ceramah Palestin, Seminar Antarabangsa Mengenai Palestin dan Strategi Dunia Islam:Agenda Lokal untuk Perubahan Global dan lain-lain lagi.

(Sumber: GPTD)

Selasa, 10 Februari 2009

Penceroboh Yahudi Tembak, Cederakan Budak Palestin

BAITUL-LAHAM - Penceroboh Yahudi dari petempatan haram Baitar Ilit yang dirampas dari penduduk Palestin di daerah Baitul Laham, melepaskan tembakan rambang ke arah Kampung Husan, pada Isnin malam yang mengakibatkan seorang budak lelaki berumur 15 tahun cedera.

Sumber tempatan menyatakan, penceroboh Yahudi yang melalui Kampung Husan, secara tiba-tiba melepaskan tembakan rambang ke arah kampung tersebut.

Saksi menyatakan tembakan dilepaskan tanpa ada ancaman dan mencederakan budak tersebut di kaki kanannya. Mereka menambah, mangsa, Ali Hamamre menjalani pembedahan kecemasan kerana peluru dari tembakan tersebut mengenai tulangnya.

Sementara itu, tentera penceroboh Israel (TPI) menjalankan operasi ketenteraan di kawasan Kampung Arrabe dan Kampung Taiba, di wilayah Jeninm pada subuh hari Selasa.

Sumber tempatan menyatakan skuad payung terjun TPI mendarat di kawasan Palestin dan menggerakkan operasi tersebut.

(Sumber: Palestine-Info)

Isnin, 9 Februari 2009

Church of England Tarik Diri Dari Caterpillar


Pada 7 dan 8 Februari, Church of England menjelaskan mereka telah menarik balik pelaburan bernilai lebih £2.2 juta lewat tahun lepas.

Syarikat Caterpillar mendapat keuntungan apabila jentolak dan jentera berat keluarannya digunapakai Israel dalam operasi menceroboh, memusnah rumah dan bangunan, serta merampas tanah rakyat Palestin.

Kempen Perpaduan Palestin (PSC) mengalu-alukan keputusan ini. Setiausaha Agung PSC, Betty hunter berkata, "Ini merupakan mesej jelas dari Church of England yang mana mereka tidak mahu wang mereka ada hubungan dengan syarikat yang secara langsung atau tidak langsung menindas hak rakyat Palestin."

"Tindakan gereja tersebut menarik balik pelaburannya yang bernilai £2.2 juta juga menjadi tamparan kepada mereka yang menyatakan pelaburan yang beretika dan bermoral tidak mampu menjadi senjata menentang Israel."

"Saya gembira dengan keputusan Church of England dan berharap agar pertubuhan-pertubuhan lain yang masih melabur di Israel akan melihatnya dari segi moral dan menarik balik pelaburan mereka serta-merta."

(Sumber: Palestine Monitor)

Jumaat, 30 Januari 2009

Erdoğan Kecam Peres di Davos

Dalam satu sidang yang diadakan sempena Forum Ekonomi Dunia di Davos, Erdoğan menyelar Peres atas tindakan zalim tentera Israel di Gaza. Peres terlebih dahulu berucap selama 25 minit dan disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Erdoğan mengecam kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh 2 bekas Perdana Menteri Israel yang berbangga dan berpuas hati memasuki Palestin dengan menggunakan kereta kebal.

Erdoğan turut mengecam tindakan hadirin yang bertepuk tangan terhadap ucapan Peres kerana seolah-olah merestui kezaliman Israel yang bertentangan dengan sifat peri kemanusiaan.

Beliau, bagaimanapun, diminta berhenti berucap atas alasan kesuntukan masa. Erdoğan yang terus meninggalkan majlis apabila diminta berhenti berucap juga kedengaran mengatakan "Saya fikir saya mungkin tidak akan kembali ke Davos selepas ini,".

Kepulangan Perdana Menteri Turki itu disambut dengan sambutan wira oleh rakyat Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.

Dalam sidang media yang diadakan sejurus beliau tiba, beliau menyatakan sikap Peres tidak dapat diterima dan kesal atas sikap pengerusi sidang, David Igantius (wartawan Washington Post) kerana tidak membenarkan beliau bercakap.

"Saya tidak membenarkan sesiapa pun untuk mencemarkan maruah dan kehormatan negara saya," kata Erdoğan.

Shimon Peres (Presiden negara haram Israel) berkata hubungan Israel - Turki tidak akan terjejas akibat insiden tersebut, walaupun Erdoğan lebih awal menyatakan perbincangan antara Gaza dengan Israel telah tertutup berikutan serangan Israel ke atas Gaza.


Ahad, 11 Januari 2009

Penerangan Palestin di Kelantan

10 Jan., Pengkalan Chepa - Sdr. Najmuddin dari Sekretariat Rabithah Syabab Muasasah al-Quds Malaysia, telah menyampaikan penerangan berkenaan isu Palestin di sini.

Beliau mengisi sesi tersebut di Bengkel Latihan & Pengurusan Organisasi (Siri 2) anjuran GPTD Kelantan.

Sehari sebelumnya, beliau turut menyampaikan tajuk yang sama di Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Kubang Kerian.

Presiden ABIM Sertai Perhimpunan Aman Palestin


10 Jan., Shah Alam - Presiden ABIM, Sdr. Yusri Mohamad menyampaikan ucapan di Rapat Umum Selamatkan Gaza bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam anjuran Aman Palestin. Turut berucap ialah beberapa pemimpin NGO dan parti politik.

Dalam ucapannya itu, beliau telah menyeru para hadirin untuk sama-sama berdoa agar menjadi generasi ataupun kelompok yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan suci Salahuddin Al-Ayyubi untuk membebaskan Al-Quds dari cengkaman Zionis.

Selain Presiden, ABIM juga diwakili oleh beberapa orang aktivis dari ABIM Pusat serta ABIM Selangor, yang sama-sama hadir untuk menzahirkan sokongan mereka ke atas usaha mengurangkan penderitaan serta kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk di Gaza. (Sila Lihat Rakaman Video Disini)

(Sumber: ABIM)

Sabtu, 10 Januari 2009

ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S

9 Jan., Kuala Lumpur - Naib Presiden (Antarabangsa)ABIM, Sdr. Azril Mohd Amin bersama dengan wakil-wakil NGO yang bernaung di bawah Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Menentang Penindasan Rakyat Palestin (COMPLETE), telah menyertai perhimpunan membantah serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau beserta wakil-wakil NGO tersebut juga turut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu negara kuasa besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

Pada hari yang sama juga, ABIM telah diwakili oleh Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim ke majlis pelancaran kempen memboikot barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kempen ini yang dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertujuan untuk membantah sumbangan syarikat-syarikat tertentu yang menyumbang keuntungan mereka untuk membangunkan kemampuan ketenteraan Israel.

(Sumber: ABIM)

Jumaat, 9 Januari 2009

3,000 Mahasiswa Berdemontrasi Kutuk Israel di Hadapan Kedutaan Mesir

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur: Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan Kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!

[Baca lanjut di sini]
(Sumber: GAMIS Daily)

Isnin, 5 Januari 2009

70 Terkorban Dalam Serangan Hari Ke-9 di Ghazzah


Ghazzah (Gaza), Isnin - Tentera rejim Zionis Israel (Israeli Occupation Forces - IOF) meneruskan kempen keganasan dan pembunuhan ke atas penduduk awam Semenanjung Ghazzah dan membunuh 70 orang pada hari Ahad, menjadikan angka korban penduduk Palestin kepada 520 orang.

Selepas beberapa buah kereta kebal dan askarnya diserang hendap oleh pertahanan Palestin, askar Israel membalas dendam dengan mensasarkan serangan ke rumah penduduk awam.

Pada hari Ahad, sumber perubatan menyatakan, sejak bermulanya serangan darat Israel pada Sabtu malam, jumlah rakyat Palestin yang terkorban mencecah 70 orang; 23 daripadanya kanak-kanak, selain wanita dan orang tua; manakala lebih kurang seratus yang lain cedera.

Sumber yang sama turut menyatakan kebanyakan yang terbunuh merupakan penduduk awam. Pasukan perubatan termasuk ambulans pula tidak dapat sampai di sesetengah kawasan kerana serangan berterusan rejim Zionis melalui udara, laut, dan darat.

Di bahagian utara Semenanjung Ghazzah pula, tentera rejim Zionis mengebom beberapa buah rumah, membunuh 12 orang termasuk dua kanak-kanak.

Menurut penduduk tempatan, 9 orang terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis yang mensasarkan serangan kepada sekumpulan orang di luar bangunan Sekolah Abu Ubaidah di Bait Lahya, bahagian utara Semenanjung Ghazzah. Kawasan yang sama diserang lagi membunuh 3 orang ahli paramedik yang sedang merawat mangsa yang cedera.

Ini bukanlah kali pertama ahli paramedik menjadi sasaran serangan; 6 orang paramedik Palestin terbunuh sebelumnya menjadikan 9 orang paramedik terbunuh semenjak 9 hari serangan dilancarkan.

Bahkan, timbul kekhuatiran hospital akan turut menjadi sasaran serangan berikutan kenyataan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, yang menyatakan kononnya hospital menjadi tempat persembunyian 'pengganas'.

Sumber: Palestine-Info

Jumaat, 2 Januari 2009

Mahasiswa Akan Berarak Desak PM Bertindak Tegas

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama kumpulan mahasiswa Islam dan bukan Islam serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat 9 Januari.

Presiden GAMIS ketika dihubungi Gamis Daily mengesahkan bahawa satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Islam akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat tersebut. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada rakyat Gaza.

Sumber: Gamis Daily

Khamis, 1 Januari 2009

Kaherah Enggan Buka Sempadan, Khianati Rakyat Palestin

Husni Mubarak dan Bush di Sharm al-Sheikh pada 2 Jun 2003 (Gambar: AP)

Kempen Eropah untuk menghentikan serangan ke atas Ghazzah, menyatakan kekesalan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak terhadap ucapannya yang disiarkan melalui televisyen pada hari Selasa. Husni mengumumkan dia enggan membuka pintu sempadan Rafah dan Ghazzah walaupun situasi yang semakin mencengkam akibat serangan rejim Zionis.

Husni menyatakan pintu sempadan tersebut hanya akan dibuka apabila pemimpin Pihak Berkuasa Palestin kembali ke Ghazzah dan dengan kehadiran pemerhati Eropah.

Dalam satu kenyataan dari Brussels pada hari Rabu, kempen tersebut menyifatkan kenyataan Husni sebagai "menikam rakyat Palestin dari belakang".

Ia mendakwa pendirian Mesir tidak melambangkan keterlibatan yang sepatutnya dalam menangani keganasan di Ghazzah.

Kempen tersebut turut menggesa Husni menarik balik pendirian tersebut, serta menyatakan Husni turut bertanggungjawab terhadap nyawa ratusan yang cedera dalam serangan berterusan askar Israel ke atas Ghazzah.

Sumber: Palestine-Info

Isnin, 22 Disember 2008

Gaza Makin Tenat!

Isnin, 22/12/2008 - Ahli Parlimen Gaza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti-Pengepungan, Jamal Al-Khudari, Ahad lalu mengecam keras sekatan ekonomi Israel terhadap Semenanjung Gaza, sambil menegaskan bahawa pengepungan itu menjadikan Gaza terpinggir di samping bencana kemanusiaan yang membimbangkan.

Menurut Khudari, penutupan semua mata lintasan di Semenanjung Gaza oleh Israel sehingga minggu ketujuh berturut-turut akan memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza serta menyatakan penutupan loji kuasa utama di bandar itu menjadikan 80% wilayah itu berada dalam kegelapan.

Dalam satu siaran akhbar beliau yang dikeluarkan di Gaza, Khudari menjelaskan bahawa sekatan itu telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan sambil menambah lebih daripada 273 penduduk Palestin mati akibat pengepungan yang menekan itu.

Sumber: Palestinkini

Jumaat, 5 Disember 2008

Pelampau Yahudi Lancar Perang Terhadap Penduduk Palestin

Jumaat , 05/12/2008 - Pelampau Yahudi bertindak melancarkan beberapa siri keganasan terhadap penduduk Palestin di Hebron Tebing Barat dengan menyerang dan membakar rumah orang Palestin dan merosakkan tanaman zaitun selepas tentera Israel mengarah penduduk haram yahudi di situ mengosongkan rumah AlRajabi milik rakyat Palestin .

Mereka juga bertindak ganas terhadap kanak-kanak Palestin dan seorang kanak-kanak serta ayahnya cedera dalam serangan itu. Mereka membakar kereta bomba yang sedang memadamkan kebakaran rumah warga Palestin.

Gabenor Hebron, Dr. Hussein Al A'raj berkata tentera Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan warga Palestin disini kerana kawasan ini dibawah kawalan tentera Israel seiring dengan perjanjian Geneva yang menjamin keselamatan rakyat Palestin yang dijajah.

Sumber : http://www.palestinkini.info/