Khamis, 1 Januari 2009

Kaherah Enggan Buka Sempadan, Khianati Rakyat Palestin

Husni Mubarak dan Bush di Sharm al-Sheikh pada 2 Jun 2003 (Gambar: AP)

Kempen Eropah untuk menghentikan serangan ke atas Ghazzah, menyatakan kekesalan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak terhadap ucapannya yang disiarkan melalui televisyen pada hari Selasa. Husni mengumumkan dia enggan membuka pintu sempadan Rafah dan Ghazzah walaupun situasi yang semakin mencengkam akibat serangan rejim Zionis.

Husni menyatakan pintu sempadan tersebut hanya akan dibuka apabila pemimpin Pihak Berkuasa Palestin kembali ke Ghazzah dan dengan kehadiran pemerhati Eropah.

Dalam satu kenyataan dari Brussels pada hari Rabu, kempen tersebut menyifatkan kenyataan Husni sebagai "menikam rakyat Palestin dari belakang".

Ia mendakwa pendirian Mesir tidak melambangkan keterlibatan yang sepatutnya dalam menangani keganasan di Ghazzah.

Kempen tersebut turut menggesa Husni menarik balik pendirian tersebut, serta menyatakan Husni turut bertanggungjawab terhadap nyawa ratusan yang cedera dalam serangan berterusan askar Israel ke atas Ghazzah.

Sumber: Palestine-Info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan