Selasa, 10 Februari 2009

Penceroboh Yahudi Tembak, Cederakan Budak Palestin

BAITUL-LAHAM - Penceroboh Yahudi dari petempatan haram Baitar Ilit yang dirampas dari penduduk Palestin di daerah Baitul Laham, melepaskan tembakan rambang ke arah Kampung Husan, pada Isnin malam yang mengakibatkan seorang budak lelaki berumur 15 tahun cedera.

Sumber tempatan menyatakan, penceroboh Yahudi yang melalui Kampung Husan, secara tiba-tiba melepaskan tembakan rambang ke arah kampung tersebut.

Saksi menyatakan tembakan dilepaskan tanpa ada ancaman dan mencederakan budak tersebut di kaki kanannya. Mereka menambah, mangsa, Ali Hamamre menjalani pembedahan kecemasan kerana peluru dari tembakan tersebut mengenai tulangnya.

Sementara itu, tentera penceroboh Israel (TPI) menjalankan operasi ketenteraan di kawasan Kampung Arrabe dan Kampung Taiba, di wilayah Jeninm pada subuh hari Selasa.

Sumber tempatan menyatakan skuad payung terjun TPI mendarat di kawasan Palestin dan menggerakkan operasi tersebut.

(Sumber: Palestine-Info)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan