Rabu, 18 Februari 2009

Mesir: Pekerja Mogok Terhadap Eksport ke Israel

Sabtu (7 Februari)lalu, para pekerja Syarikat Baja Mesir di Suez mengadakan bantahan terhadap pengeksportan baja ke Israel.

Bantahan ini merupakan yang julung-julung kali mereka adakan sejak serangan Israel ke atas Gaza hujung tahun lalu.

Syarikat ini mempunyai kira-kira 800 orang pekerja.

Syarikat Baja Mesir dimiliki oleh keluarga Sawiri. Najib Sawiri merupakan orang ke-62 terkaya di dunia dalam senarai yang dikeluarkan oleh Forbes.

Ayahnya pula, Onsi, menduduki tangga ke-96 dan adiknya Nassif di tangga ke-226, di bawah nama syarikat pembinaan Orascom.

Syarikat Baja Mesir menandatangani perjanjian untuk mengeksport sebanyak 1000 tan baja fosfat ke Israel, dengan purata 100 tan setiap minggu.

Dua hari sebelum bantahan tersebut, para pekerja dilaporkan terkejut apabila diminta oleh pihak pentadbiran untuk memproses pesanan baja yang tidak bertanda yang akan dihantar oleh trak Jordan ke lokasi yang tidak diketahui.

Akibatnya, kira-kira 100 orang pekerja mogok dan enggan memproses pesanan tersebut kerana mereka mempercayai bahan tersebut akan dihantar terus ke Israel.

Apabila pihak pentadbiran syarikat mengetahui tentang situasi tersebut, mereka mematahkan mogok tersebut dengan mengugut untuk memberhentikan pekerja dan memotong sebanyak setengah bulan gaji daripada kesemua pekerja syarikat tersebut.

Di Mesir kini, pelbagai perkembangan berlaku dengan sangat cepat. Khususnya dalam tiga tahun kebelakangan ini, pergerakan perpaduan Palestin dan pergerakan pekerja kini mengambil semakin banyak tindakan untuk membantah kerajaan demi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan juga dalam mempertahankan hak-hak pekerja
di Mesir.

(Tadamon)

Selasa, 17 Februari 2009

Israel Rampas 1700 Dunum Tanah Palestin

BAITUL MAQDIS -Pihak Israel telah merampas tanah Palestin seluas 1700 dunum (bersamaan 170 hektar) di daerah Baitul Laham, dalam usaha Israel meluaskan petempatan haram Efrat, lapor akhbar berbahasa Hebrew (Ibrani) semalam.

Akhbar harian, Haaretz, melaporkan peluasan kawasan itu adalah untuk membina sebanyak 2500 unit petempatan haram yang baru.

Keputusan itu dibuat selepas apa yang dipanggil sebagai 'pentadbiran awam Israel', menolak bantahan pemilik tanah Palestin yang sah.

Pemilik tanah tersebut terpaksa merayu untuk membantah rampasan tersebut lebih setahun lalu namun ditolak.

Hak milik tanah ditukar kepada petempatan haram Efrat, yang merupakan sebahagian daripada petempatan haram Gush Ezion, selatan Baitul Laham dan menempatkan 9000 orang penceroboh.
(Sumber: Palestine-Info)

Dr. Sami Abu Zuhri: Perang Belum Berhenti di Ghazzah

KUALA LUMPUR - Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri, mendakwa peperangan di Ghazzah masih belum berhenti kerana saban hari dilaporkan berlakunya serangan dan pencerobohan tentera Israel, manakala pembangunan semula wilayah tersebut langsung belum dimulakan.

Beliau yang berkata demikian kepada Koresponden PIC di Kuala Lumpur, turut menyatakan kehadirannya di Malaysia adalah atas undangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Dr. Sami menerangkan, tujuan lawatannya adalah untuk mengumpulkan sokongan ke atas Palestin, untuk menerangkan kedudukan Hamas serta mendedahkan jenayah Israel semasa serangan ke atas Ghazzah.

Belaiu sempat mengadakan beberapa pertemuan rasmi dengan wakil-wakil rakyat, ahli-ahli Parlimen dan tokoh-tokoh masyarakat selama berada 5 hari di sini.

Anatara tokoh yang sempat ditemui beliau termasuklah Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan mengenai Perang Ghazzah dan perkembangan politik terkini (di rantau tersebut), serta usaha Hamas untuk mencapai perjanjian damai dengan pihak Israel.

Menurutnya, Anwar akan menggunakan rangkaian yang beliau ada untuk menerangkan kedudukan Hamas. Dr. Sami menyifatkan pertemuan dengan Anwar sebagai penting dan berjaya, dan menyatakan Anwar menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Dr Sami Abu Zuhri turut mengambil bahagian dalam beberapa seminar dan perhimpunan untuk Palestin, selain sidang media dan temubual di stesen tv, akhbar dan majalah.

(Sumber: Palestine-info)

Isnin, 16 Februari 2009

Erdoğan: Keputusan Pilihan Raya Israel Akan Kelamkan Masa Depan Serantau

Rejab Taib Erdoğan, Perdana Menteri Turki

ANKARA – Perdana Menteri Turki, Rejab Taib Erdoğan menyatakan keprihatinan terhadap pilihan raya umum negara haram Israel yang menyaksikan kebangkitan parti politik pelampau berhaluan kanan (pro kezaliman - pen).

Dalam satu temubual yang disiarkan melalui televisyen pada hari Ahad, Erdoğan menyatakan keputusan pilihan raya itu akan membuatkan rantau tersebut ’kelam’.

Erdoğan, walau bagaimanapun, meminta agar kerajaan (haram) yang baru akan mengusahakan polisi baru terhadap Palestin yang akan menghentikan penindasan terhadap mereka. Tambah beliau, polisi penaklukan sebelum ini telah ternyata gagal.

Erdoğan menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup dalam kebebasan, bukan penindasan, yang mana, tambah beliau, bertentangan dengan hak asasi manusia.

Pihak Kementerian Luar Turki telah memanggil Duta Israel, Gabby Levy pada hari Sabtu untuk menyatakan bantahan terhadap komentar yang dibuat oleh Avi Mizrahi, Komander Tentera Darat Israel, yang mengecam Turki dan Erdoğan.

Turki, sebelum itu, meminta Israel menjelaskan kenyataan Avi Mizrahi yang dilaporkan akhbar Israel, Haaretz. Avi Mizrahi dalam kenyataannya mempersoalkan polisi Turki terhadap bangsa Kurdi dan negara Cyprus, dan menyatakan hubungan dua hala kedua-dua negara itu kini terancam.

(Sumber: Palestine-Info)

Ahad, 15 Februari 2009

ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin

SABTU, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin di sini, hari ini.

Bengkel tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri.

Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-Zionis.

Turut dilancarkan dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.

300 Penduduk Israel Diiringi Tentera, Ceroboh Perkampungan Artas di Batul Laham

JURUSALAM – Pada hari Jumaat, kira-kira 300 penduduk negara haram Israel yang diiringi tentera dan pengawal sempadan menceroboh beberapa kawasan di pekampungan Artas, selatan Baitul Laham. Mereka turut mendirikan beberapa khemah di atas kawasan yang turut terancam dengan peluasan wilayah haram Israel itu.

Pencerobohan tersebut berlaku setelah jentolak Israel membuka laluan sejauh 800 meter yang menghubungkan kawasan Khalat an-Nahl (terletak di perkampungan Artas) dengan petempatan haram Efrat. Petempatan haram tersebut dibina di atas kawasan beberapa perkampungan lain termasuk Artas dan Al-Khadr.

Penduduk kampung dari Artas memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) jentolak Israel beroperasi di kawasan tersebut sepanjang masa termasuk waktu malam untuk menyiapkan segera wilayah petempatan haram yang baru.

(Sumber: Palestine-Info)

Khamis, 12 Februari 2009

Israel Bom Balai Polis Palestin

KHAN YOUNIS, (Gambar)- Kapal terbang perang Israel menyerang sebuah balai polis pada Subuh hari Khamis di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Balai polis ini pernah menjadi sasaran dalam serangan udara sebelum ini.

Pihak keselamatan memberitahu pemberita Pusat Maklumat Palestin (PIC), kapal terbang perang F-16 milik Israel menembak dua biji peluru berpandu ke arah balai tersebut yang menambahkan lagi kerosakan dan kemusnahan.

Sumber menyatakan balai polis yang kosong tersebut turut dibom beberapa kali sebelum ini.

Jurucakap Tentera Penceroboh Israel (TPI) mendakwa serangan tersebut sebagai tindakan balas terhadap serangan mortar dari Gaza ke penempatan haram Israel yang terletak bersebalahan dengan Semenanjung Gaza.

(Sumber: Palestine-Info)

AF: Land might collapse in the Aqsa Mosque


OCCUPIED JERUSALEM, (PIC)-- The Aqsa Foundation for Waqf (endowment) and heritage has warned that the unending Israeli excavations under the Aqsa Mosque and in its vicinity could lead to land collapses in the holy site.

The Foundation, in a report, recalled that the land caved in at the UNRWA school for girls in occupied Jerusalem early February, only few meters away from the southern area of the holy site.

It said that field and inspection visits by its members proved that the Silwan summit after ten years of constant Israeli digging in its vicinity has turned into a hollow summit that could lead to its complete disintegration.

The Foundation said that its report monitored the real conditions in Silwan hoping that the Palestinian, Arab and Islamic people would seriously and swiftly move to save Jerusalem in general and the Aqsa Mosque and its vicinity in particular.

Pilihanraya Israel Hasilkan Pengganas

Rabu, 11/02/2009 - HAMAS menegaskan keputusan awal pilihanraya Zionis yang menunjukkan Parti 'Kadima' sedang mendahului, diikuti oleh Parti Likud dan Parti 'Yisrael Beitenu', sebenarnya hanya menampilkan tiga kepala keganasan Zionis, sambil menegaskan HAMAS akan tetap teguh dengan pendiriannya.

Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar semalam (Selasa 10/2), "Keputusan pilihanraya menunjukkan rakyat Zionis sentiasa memilih pihak yang paling banyak melakukan keganasan dan yang paling banyak melancarkan peperangan terhadap rakyat Palestin."

Beliau juga menambah, "Hari ini kita berhadapan dengan tiga kepala keganasan; Livni yang mahu menyempurnakan serangan terhadap rakyat Palestin, Netanyahu yang mengisytiharkan tidak mahu melihat kewujudan negara Palestin dan bahawa dia tidak akan memberikan komitmen dengan segala perjanjian yang ditandatangani dengan pihak Palestin, juga Lieberman yang mahu memusnahkan empangan Al-Ali (High Dam), menghancurkan Mesir, mencampakkan rakyat Palestin ke laut, membunuh dan menghalau mereka."

Sumber : Palestine-Info
Penterjemah : Muhajir

Rabu, 11 Februari 2009

Grup Jil-Salahuddin

Petaling Jaya - GPTD telah membantu ABIM menggerakkan Grup Jil Salahudin al-Ayyubi dengan mesyuarat dan taklimatnya berlangsung di UIA Petaling Jaya. Idea penubuhannya digagaskan oleh Saudara Yusri Mohamad, Presiden ABIM melalui cetusan buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa Kepangkuan Islam'.

Melalui Gup Jil Salahuddin al-Ayyubi ini, pelbagai program direncanakan untuk mengkaji sejarah dan tamadun bumi Palestin ini. Selain itu, pewujudan blog akan diusahakan bagi tujuan menyalurkan fakta dan maklumat berkaitan sejarah dan tamadun Palestin. Saudara Mohd Zul Amin bin Ghazali dipilih mengetuai grup ini dan mereka berazam untuk membantu ABIM melalui GPTD untuk menggerakkan program ini.

ABIM berhasrat menggerakkan Bengkel Isu Palestin pada 14 Februari 2009 / 18 Safar 1430H, Penerbitan semula dan penjualan buku Kebangkitan Generasi Salahuddin, Roadshow & Ceramah Palestin, Seminar Antarabangsa Mengenai Palestin dan Strategi Dunia Islam:Agenda Lokal untuk Perubahan Global dan lain-lain lagi.

(Sumber: GPTD)

Selasa, 10 Februari 2009

Penceroboh Yahudi Tembak, Cederakan Budak Palestin

BAITUL-LAHAM - Penceroboh Yahudi dari petempatan haram Baitar Ilit yang dirampas dari penduduk Palestin di daerah Baitul Laham, melepaskan tembakan rambang ke arah Kampung Husan, pada Isnin malam yang mengakibatkan seorang budak lelaki berumur 15 tahun cedera.

Sumber tempatan menyatakan, penceroboh Yahudi yang melalui Kampung Husan, secara tiba-tiba melepaskan tembakan rambang ke arah kampung tersebut.

Saksi menyatakan tembakan dilepaskan tanpa ada ancaman dan mencederakan budak tersebut di kaki kanannya. Mereka menambah, mangsa, Ali Hamamre menjalani pembedahan kecemasan kerana peluru dari tembakan tersebut mengenai tulangnya.

Sementara itu, tentera penceroboh Israel (TPI) menjalankan operasi ketenteraan di kawasan Kampung Arrabe dan Kampung Taiba, di wilayah Jeninm pada subuh hari Selasa.

Sumber tempatan menyatakan skuad payung terjun TPI mendarat di kawasan Palestin dan menggerakkan operasi tersebut.

(Sumber: Palestine-Info)

Isnin, 9 Februari 2009

Church of England Tarik Diri Dari Caterpillar


Pada 7 dan 8 Februari, Church of England menjelaskan mereka telah menarik balik pelaburan bernilai lebih £2.2 juta lewat tahun lepas.

Syarikat Caterpillar mendapat keuntungan apabila jentolak dan jentera berat keluarannya digunapakai Israel dalam operasi menceroboh, memusnah rumah dan bangunan, serta merampas tanah rakyat Palestin.

Kempen Perpaduan Palestin (PSC) mengalu-alukan keputusan ini. Setiausaha Agung PSC, Betty hunter berkata, "Ini merupakan mesej jelas dari Church of England yang mana mereka tidak mahu wang mereka ada hubungan dengan syarikat yang secara langsung atau tidak langsung menindas hak rakyat Palestin."

"Tindakan gereja tersebut menarik balik pelaburannya yang bernilai £2.2 juta juga menjadi tamparan kepada mereka yang menyatakan pelaburan yang beretika dan bermoral tidak mampu menjadi senjata menentang Israel."

"Saya gembira dengan keputusan Church of England dan berharap agar pertubuhan-pertubuhan lain yang masih melabur di Israel akan melihatnya dari segi moral dan menarik balik pelaburan mereka serta-merta."

(Sumber: Palestine Monitor)

Jumaat, 6 Februari 2009

Bicara Palestin di Mantin, Negeri Sembilan


5 Feb., Mantin- Sdr. Jufitri Joha, Pengerusi Rabithah Syabab Muasasah al-Quds Malaysia, telah mengisi slot Bicara Palestin, yang bertempat di Surau Akademik, Kolej Lagenda, di sini.

Program anjuran PMI dan MPP Kolej Lagenda itu dihadiri oleh para pelajar.

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjemput Sdr. Jufitri, bolehlah menghubungi beliau terus melalui e-mel di jufitri1979@yahoo.com